dulu-dulu aku rasa ibu bapa yang tak kasi anak diorang kapel masa sekolah macam tak cool. tak sporting.
sekarang, sejak-sejak aku bergaul dengan orang yang dah berkeluarga kat pejabat ni, aku dah faham kenapa.
pakcik ada dua je anak perempuan. pakcik nak nanti bila pakcik meninggal, daripada mandi sampailah ke liang lahad, pakcik nak menantu pakcik yang uruskan.
nampak tak logik 'tak-kasi-anak-kapel-disekolah' kat situ?
ya, dia nak anak dia betul-betul fikir dan pilih yang terbaik. kadang-kadang kapel disekolah ni menjadi. maksudnya menjadi sampai kahwin la. jadi kalau kat sekolah pilihan anak dia ntah apa-apa, lelaki yang tak semenggah mana ilmunya, dia takut. dia risau. risaukan anak dia, dia dan bininya nanti macam mana. sebab dia ada anak perempuan je so dia betul-betul harapkan menantu lelaki yang baik.
pakcik ni betul-betul fikir panjang. anak dia sekarang sekolah menengah lagi. dan dia dah fikirkan hal ni sejak anak dia darjah enam lagi. hebat tak hebatnya fikiran seorang ayah ni.
lagi satu,
akak tatang anak-anak akak bagai minyak yang penuh. bila nampak mesej dia dengan kawan lelaki dia, rasa terkejut sangat-sangat yaAllah.
aku bila dengar ayat 'bagai tatang minyak yang penuh' dan dia cakap dengan penuh emosi pulak tu, aku dapat rasa dia betul-betul kecewa dengan perangai anak dia. suara dia macam sebak. sebak orang kecewa. luluh hati.
akak ni jugak kata perempuan kena pilih lelaki sebaik-baiknya lebih bagus daripada dia atau sekurang-kurangnya setaraf. tak mau perempuan ada ijazah tapi lelaki setakat spm.
mula-mula aku tak faham logiknya benda ni. kenapa kena ada perbezaan taraf? apa salahnya? tak layak ke? tak bahagia ke nanti?
akak tu kata,
akak takut nanti bila dah kahwin anak akak jadi derhaka disebabkan suami dia taraf lebih rendah daripada dia.
nampak tak betapa mak bapak ni berfikir untuk kebaikan anak-anak diorang?
aku baru nampak.
aku baru tau betapa logiknya mak bapak hadkan hal kapel-kapel disekolah.
dalam hati aku kata, 'nasib baik aku kat sekolah dulu banyak tidur dengan main dalam kelas, tak pernah fikir nak kapel pun. kalau tak mesti sekarang rasa bersalah bertubi-tubi.' haha
7 comments:
hahaha. smlah! dtg skolah buli kawan2. tp kalau tgk budak2 skolah skang bcinta, aku siyesly takot, byk kot kes buang bayi bdk2 skolah yg involve.
bila tgk gaya adik aku bcinta skg ni pun dah nak muntah! walhal umo baru msok 20. geli aku.
nasib la sy pun b'cinta mase dh abis blaja...hehe...tp 2 la,mak dh bg green lite,kalau x,xdenye...sbb mase skol dlu ayah dh warning,kalau ade la kapel mase skola,mmg kene la...skang ni je,sbb nk cr teman idup,kene la cr yg lg elok dr kite,spya die bleh bimbing kite jd yg lebih baik...skang ni,nk cari lelaki yg bebtul solat pun payah...hadoii!
aku sek pmpn..huhu
mmg xde chance la...
waktu skolah mmg x sesuai lg nk cari calon psgn hidup..
tp, dunia skrg sgt menakutkan..
rmai remaja yg pernah terlanjur pd usia yg sgt muda..
nauzubillah..
hicks..sy pon x pernha kapel time skolah dulu.dh abs skolah bru gatal nak kapel.dulu cm rase rugi gk x kapel time skolah..yelah, dh kwn2 sekeliling sume dok berpacaran.tp skg rase, nsb bek aku x kapel time dolo2..ehehe..
betol2..kata2 orang tua ni bermakna sebenarnya...
betul jugakkan ..so conclusion here pikirlah baik buruknya kalo nk hidup berpasangan ni...yang penting..cari yang sekufu..!kalo x..susah lah...(maaf suke menyampuk,suke bace blog akak)
*budak sekolah*
Post a Comment