1. kenapa follow blog tukang tag ni?
aku baca cerita dia sebab kelakar :D tapi selalu tertinggal episod :(
2. apa yang anda impikan dalam hidup anda?
aku nak bekerja keras, sangat produktif, menikmati setiap nikmat hidup, menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. ok jawapan skema macam nak jadi Pesona Nona. lol
3. siapa yang bermakna dalam hidup anda?
semua yang berada dalam bulatan hidup aku sama ada semasa aku jadi cucuratap, atau sebagai orang yang tertulis dalam ic.
4. apa aktiviti masa lapang anda dan mengapa?
1) tidur sebab macam terapi lah konon padahal nafsu tidur melampau pantang sejuk sikit, mengantuk.
2) dengar lagu sebab konon-konon jadi seorang manusia yang happening. padahal muzik tak lah penting dalam hidup aku. lagu dalam mp3 aku tak bertambah dengan jayanya pun sebab aku asyik ulang lagu yang sama. lagu baru pun aku taktau kecuali masa drive terdengar lagu baru tu kira nasib. dan aku on radio dalam kereta sebab rutin, kadang-kadang aku tak peduli pun lagu apa yang tengah main. tapi akhir2 ni aku banyak dengar lagu korea. mungkin sebab banyak disogok. haha.
3) baca novel sambil baring dan bergulung dalam comforter dalam keadaan senyap sunyi. dah kata, aku seorang yang bosan.
4) memandu ke mana-mana tapi bukan dalam waktu mengantuk. aku memandu guna sebelah tangan jadi kereta aku suka melelong kalau aku terlelap. (aku pernah tertidur bawak kereta. nasib baik highway. shh, jangan bagitau abah mahupun jpj) oh bawak kereta waktu jam+hujan pun tak suka. lagi2 kalau kat depan treler kat belakang lori simen. rasa nak menyumpah-nyumpah.
5. apa anda buat jika susah nak tidur?
tak payah tidur la. kadang2 aku pandang siling. tapi jarang lah aku yang gemar tidur ni susah nak tidur. haha
6. apa perkara yang anda buat sebelum tidur dan selepas terjaga dari tidur?
sumbat earphone mp3 dan beberapa minit lepastu mesti mengantuk jadi baca doa dan pejam mata. bila terjaga selalunya tak terfikir apa sebab aku selalu bangun lambat nak pergi kelas. tapi yang pasti mesti aku tengok jam dulu.
7. apa pandangan anda terhadap orang yang suka mengikut emosi, hawa nafsu (amarah) dari akal fikiran?
dia adalah manusia biasa (kawan aku kata otak aku terlalu positif, dia kata aku satu2nya manusia yang macamtu sebab tu dia selalu komplen aku skema dan kadang2 bosan. padahal sebenarnya aku malas nak fikir dan ambik tau)
8. bagaimana caranya anda atasi stress?
tidur
duduk sorang2
9. siapa orang yang anda kagumi dalam dunia ini?
susah soalan ni. kejap aku nak berfikir secara global. cewah padahal sebenarnya taktau. jawapan standard- pahlawan2 islam dan pahlawan2 tanah melayu. haha macam sejarahwan :p oh lagi satu penting, aku kagum dengan perempuan kurus dan berkulit cantik sebab diorang mesti berdisiplin kan? oh dan lagi, haritu aku baca surat khabar ada seorang akak ni umur dia dalam 25 kot, dia kerja doktor kerajaan, dah ada suami dan anak seorang, lepastu seorang tahfiz sampai pernah menang pertandingan. tak ingat pertandingan hafazan ke tilawah. lepas aku baca aku rasa macam, 'wow wow wow'. dalam erti kata lain, 'kagum kagum kagum'.
10. apa yang anda harapkan dari blog tukang tag ni dan tukang tag ni sendiri?
zarith, kau cetakla novel kau tu. episod banyak mesti cukup pages. nanti boleh buat duit dan jangan lupa selitkan nama aku dekat ruang penghargaan. haha ok main2 je. sebenarnya, aku nak kau carik kerja elok2 sebab kau dah belajar tinggi-tinggi. kau jangan lupa loghat utagha tu nanti walaupun dah kerja kat bandar (tiba2 pesanan macam orang tua). kau buat apa yang kau gembira, jangan banyak sangat ambik kisah pendapat orang. ye pendapat tu penting tapi untuk rujukan je jangan ikut sangat. oh terima kasih sebab jadi seorang yang ikhlas. aku suka kau sebab kau ikhlas. kau selalu tegur aku dengan ikhlas, aku tau kau ikhlas walaupun cara kau macam gila. dan sebagai rakan sebaya aku nak pesan- HOI KAHWIN NANTI JEMPUT. last sekali, aku harap kau bahagia sampai bila-bila. semoga Allah disisi kau selalu :) terharu tak? dah pergi lap air mata.
ini entry mintak tolong
1 day ago
3 comments:
banyak tidur banyak kali mimpi tak?
haha
nasib la zarith tag kamu, kalau tak, tak da update ye
=p
cucur cantek...
uwaaa!!!! aku touching giler...
habes tiga kotak tisu aku lap ayaq mata. ok, ngada la tu. tp serius aku sentap. =) thnks wei doakan aku mcm tu. Amin.. bab kahwin tu jgn rsau. aku jmput nya la.. tp 8 taon lg kot.. hang tunggu la noh.. ahaha.. hang kawen xjemput aku siap! nak kad kahwin yg wangi2..sembur perfume plg mahal tau. ekeke.. thnks, buddy. =) may Allah bless u.
Post a Comment