2pm concert bridge movie from jang jin hwa on Vimeo.
1) i wanna slap wooyoung 50 times a row.
2) chan is wayyyyyyyyyyy tooooooooo good looking. *laugh out loud bcs he's not being himself omg why so serioussssssss*
3) i wanna shout JUNHO PLEASE STOPPPPPPPPPPPP acting like a freaking step-mother.
4) khun= moon geun young. its like they are related ok. freaky.
ok dah gelak habis dah macam orang gila. boleh tutup laptop dan tidur sekarang sebab tak sedar ke esok kerja lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
ok. done. bye.
*kat tv, channel tvn tengah ulang tayang Cinderella's Stepsister pulak. gelak lagi sekali walaupun scene menangis moon geun young.*
Thursday, July 28, 2011
Just wanna let out my craziness over this ridiculous parody
Posted by cucuratap at 1:44 AM 6 comments
Labels: LOL
Wednesday, June 22, 2011
logik keibubapaan
dulu-dulu aku rasa ibu bapa yang tak kasi anak diorang kapel masa sekolah macam tak cool. tak sporting.
sekarang, sejak-sejak aku bergaul dengan orang yang dah berkeluarga kat pejabat ni, aku dah faham kenapa.
pakcik ada dua je anak perempuan. pakcik nak nanti bila pakcik meninggal, daripada mandi sampailah ke liang lahad, pakcik nak menantu pakcik yang uruskan.
nampak tak logik 'tak-kasi-anak-kapel-disekolah' kat situ?
ya, dia nak anak dia betul-betul fikir dan pilih yang terbaik. kadang-kadang kapel disekolah ni menjadi. maksudnya menjadi sampai kahwin la. jadi kalau kat sekolah pilihan anak dia ntah apa-apa, lelaki yang tak semenggah mana ilmunya, dia takut. dia risau. risaukan anak dia, dia dan bininya nanti macam mana. sebab dia ada anak perempuan je so dia betul-betul harapkan menantu lelaki yang baik.
pakcik ni betul-betul fikir panjang. anak dia sekarang sekolah menengah lagi. dan dia dah fikirkan hal ni sejak anak dia darjah enam lagi. hebat tak hebatnya fikiran seorang ayah ni.
lagi satu,
akak tatang anak-anak akak bagai minyak yang penuh. bila nampak mesej dia dengan kawan lelaki dia, rasa terkejut sangat-sangat yaAllah.
aku bila dengar ayat 'bagai tatang minyak yang penuh' dan dia cakap dengan penuh emosi pulak tu, aku dapat rasa dia betul-betul kecewa dengan perangai anak dia. suara dia macam sebak. sebak orang kecewa. luluh hati.
akak ni jugak kata perempuan kena pilih lelaki sebaik-baiknya lebih bagus daripada dia atau sekurang-kurangnya setaraf. tak mau perempuan ada ijazah tapi lelaki setakat spm.
mula-mula aku tak faham logiknya benda ni. kenapa kena ada perbezaan taraf? apa salahnya? tak layak ke? tak bahagia ke nanti?
akak tu kata,
akak takut nanti bila dah kahwin anak akak jadi derhaka disebabkan suami dia taraf lebih rendah daripada dia.
nampak tak betapa mak bapak ni berfikir untuk kebaikan anak-anak diorang?
aku baru nampak.
aku baru tau betapa logiknya mak bapak hadkan hal kapel-kapel disekolah.
dalam hati aku kata, 'nasib baik aku kat sekolah dulu banyak tidur dengan main dalam kelas, tak pernah fikir nak kapel pun. kalau tak mesti sekarang rasa bersalah bertubi-tubi.' haha
Posted by cucuratap at 9:47 AM 7 comments
Friday, June 17, 2011
wanita bekerja. cewah.
aku sekarang kerja part time je. kerani. tu pun nasib baik ada kerja.
sejak habis belajar bulan 5 haritu tak dapat kerja tetap lagi.
doa-doa la aku dapat kerja gaji 3-4 ribu nanti boleh berfoya-foya. lol.
btw final result pun tak dapat lagi. alah, bukan dapat 1st class degree pun. haha
eh jemput datang konvokesyen nanti *haha padahal aku pun tatau tarikh konvo bila*
babai.
salam kasih sayang,
manusia yang yang berblog di pejabat.
Posted by cucuratap at 2:16 PM 6 comments
Labels: work
Thursday, August 19, 2010
BOOK COVER DESIGN MINI CONTEST
i'm giving away a copy of one of my cerpen. handmade book bebeh :) handmade by akOo lah, aku selekeh sikit bab benda DIY ni.
klik sini
Posted by cucuratap at 12:21 PM 0 comments
Labels: contest
Monday, August 2, 2010
tag daripada Zarith Natasha
1. kenapa follow blog tukang tag ni?
aku baca cerita dia sebab kelakar :D tapi selalu tertinggal episod :(
2. apa yang anda impikan dalam hidup anda?
aku nak bekerja keras, sangat produktif, menikmati setiap nikmat hidup, menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. ok jawapan skema macam nak jadi Pesona Nona. lol
3. siapa yang bermakna dalam hidup anda?
semua yang berada dalam bulatan hidup aku sama ada semasa aku jadi cucuratap, atau sebagai orang yang tertulis dalam ic.
4. apa aktiviti masa lapang anda dan mengapa?
1) tidur sebab macam terapi lah konon padahal nafsu tidur melampau pantang sejuk sikit, mengantuk.
2) dengar lagu sebab konon-konon jadi seorang manusia yang happening. padahal muzik tak lah penting dalam hidup aku. lagu dalam mp3 aku tak bertambah dengan jayanya pun sebab aku asyik ulang lagu yang sama. lagu baru pun aku taktau kecuali masa drive terdengar lagu baru tu kira nasib. dan aku on radio dalam kereta sebab rutin, kadang-kadang aku tak peduli pun lagu apa yang tengah main. tapi akhir2 ni aku banyak dengar lagu korea. mungkin sebab banyak disogok. haha.
3) baca novel sambil baring dan bergulung dalam comforter dalam keadaan senyap sunyi. dah kata, aku seorang yang bosan.
4) memandu ke mana-mana tapi bukan dalam waktu mengantuk. aku memandu guna sebelah tangan jadi kereta aku suka melelong kalau aku terlelap. (aku pernah tertidur bawak kereta. nasib baik highway. shh, jangan bagitau abah mahupun jpj) oh bawak kereta waktu jam+hujan pun tak suka. lagi2 kalau kat depan treler kat belakang lori simen. rasa nak menyumpah-nyumpah.
5. apa anda buat jika susah nak tidur?
tak payah tidur la. kadang2 aku pandang siling. tapi jarang lah aku yang gemar tidur ni susah nak tidur. haha
6. apa perkara yang anda buat sebelum tidur dan selepas terjaga dari tidur?
sumbat earphone mp3 dan beberapa minit lepastu mesti mengantuk jadi baca doa dan pejam mata. bila terjaga selalunya tak terfikir apa sebab aku selalu bangun lambat nak pergi kelas. tapi yang pasti mesti aku tengok jam dulu.
7. apa pandangan anda terhadap orang yang suka mengikut emosi, hawa nafsu (amarah) dari akal fikiran?
dia adalah manusia biasa (kawan aku kata otak aku terlalu positif, dia kata aku satu2nya manusia yang macamtu sebab tu dia selalu komplen aku skema dan kadang2 bosan. padahal sebenarnya aku malas nak fikir dan ambik tau)
8. bagaimana caranya anda atasi stress?
tidur
duduk sorang2
9. siapa orang yang anda kagumi dalam dunia ini?
susah soalan ni. kejap aku nak berfikir secara global. cewah padahal sebenarnya taktau. jawapan standard- pahlawan2 islam dan pahlawan2 tanah melayu. haha macam sejarahwan :p oh lagi satu penting, aku kagum dengan perempuan kurus dan berkulit cantik sebab diorang mesti berdisiplin kan? oh dan lagi, haritu aku baca surat khabar ada seorang akak ni umur dia dalam 25 kot, dia kerja doktor kerajaan, dah ada suami dan anak seorang, lepastu seorang tahfiz sampai pernah menang pertandingan. tak ingat pertandingan hafazan ke tilawah. lepas aku baca aku rasa macam, 'wow wow wow'. dalam erti kata lain, 'kagum kagum kagum'.
10. apa yang anda harapkan dari blog tukang tag ni dan tukang tag ni sendiri?
zarith, kau cetakla novel kau tu. episod banyak mesti cukup pages. nanti boleh buat duit dan jangan lupa selitkan nama aku dekat ruang penghargaan. haha ok main2 je. sebenarnya, aku nak kau carik kerja elok2 sebab kau dah belajar tinggi-tinggi. kau jangan lupa loghat utagha tu nanti walaupun dah kerja kat bandar (tiba2 pesanan macam orang tua). kau buat apa yang kau gembira, jangan banyak sangat ambik kisah pendapat orang. ye pendapat tu penting tapi untuk rujukan je jangan ikut sangat. oh terima kasih sebab jadi seorang yang ikhlas. aku suka kau sebab kau ikhlas. kau selalu tegur aku dengan ikhlas, aku tau kau ikhlas walaupun cara kau macam gila. dan sebagai rakan sebaya aku nak pesan- HOI KAHWIN NANTI JEMPUT. last sekali, aku harap kau bahagia sampai bila-bila. semoga Allah disisi kau selalu :) terharu tak? dah pergi lap air mata.
Posted by cucuratap at 1:24 PM 3 comments
Labels: tag
Saturday, June 12, 2010
Sirih

orang tua-tua dulu percaya kalau buat hantaran orang kahwin, pilih daun sirih yang bertemu urat. cuba tengok yang daun sirih yang kat atas tu bertemu urat, yang bawah tak.zaman sekarang masih ada yang demand macam ni juga. percayalah, memang jenuh GILA nak memilih. sebab daun sirih dia jual seikat-seikat, kira nasib la kalau ada banyak, untung la.
mungkin orang tua-tua percaya kalau daun sirih bertemu urat ni macam panjang jodoh kot?
meh kita buat kuiz. mana satu pinang, gambir, kapur?kalau taktau mana satu kapur tu memang kronik.
Posted by cucuratap at 5:33 PM 6 comments
Labels: tell
Wednesday, May 19, 2010
menarek. kalau tak rm43, aku macam nak pergi
Posted by cucuratap at 3:30 AM 3 comments
Labels: music
